Semput Sunday #1

on Sunday, October 9, 2011


Wordless Wednesday #3 : Tool Juruteknik Komputer

on Wednesday, September 28, 2011




#Wordless Wednesday 2

on Wednesday, September 7, 2011

#Wordless Wednesday 1

on Wednesday, August 31, 2011


Salam AidilFitri 1432 Hijrah Dan Merdeka 2011

on Monday, August 29, 2011

Assalamualaikum

Memandangkan sana sini situ dah tiba "Mood" raya,lagu-lagu raya dah pun berkumandang tak kira di pusat membeli-belah atau di stesen-stesen radio tempatan kegemaran..jadi,pada kesempatan ini saya pun nak menyampaikan ucapan Salam AidilFitri 1432 Hijrah Dan Merdeka 2011 buat semua rakan-rakan dan pembaca serta pengunjung setia blog wazy84.com ini.


Pesanan saya kepada rakan-rakan yang akan pulang ke kampung,pastikan anda semua cukup rehat untuk memandu dan hati-hatiserta sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya ok.Biarlah lambat asalkan selamat tiba ke destinasi kampung halaman.

Tahun ini agak istimewa sedikit kerana kita semua menyambut Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan selang sehari,jadi tak salah la kalau nak ucapkan Salam AidilFitri 1432 Hijrah Dan Merdeka 2011.Di samping kita bergembira di hari lebaran ini,kita haruslah berjimat-cermat,memadailah dengan persiapan sambutan hari raya dengan sederhana sahaja

Tema Hari Kemerdekaan 2011

on Sunday, August 28, 2011

Assalamualaikum

Setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.Untuk Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 ialah “ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”,manakal Tema Hari kemerdekaan ke 53 pada tahun lalu (2010) ialah “1 Malaysia Menjana Transformasi”




Maklumat Tentang Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2011




1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Video Sempena Kemerdekaan 2011

Hands (PETRONAS Raya Merdeka 2011)




Antara Program Keceriaan yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini memfokuskan Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu :    
  • bangunan kerajaan
  • bangunan swasta,
  • kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan Estet, Felda),
  • sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan),
  • taman perumahan,
  • individu    
  • pintu gerbang.

Tarikh pelaksanaan / pengibaran Jalur Gemilang : 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos,

Penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan di sini.
 
© SympathySoul In Da Blog All Rights Reserved