Tema Hari Kemerdekaan 2011

on Sunday, August 28, 2011

Assalamualaikum

Setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.Untuk Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 ialah “ 1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera ”,manakal Tema Hari kemerdekaan ke 53 pada tahun lalu (2010) ialah “1 Malaysia Menjana Transformasi”




Maklumat Tentang Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan 2011




1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Video Sempena Kemerdekaan 2011

Hands (PETRONAS Raya Merdeka 2011)




Antara Program Keceriaan yang dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini memfokuskan Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu :    
  • bangunan kerajaan
  • bangunan swasta,
  • kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan Estet, Felda),
  • sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan),
  • taman perumahan,
  • individu    
  • pintu gerbang.

Tarikh pelaksanaan / pengibaran Jalur Gemilang : 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos,

Penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah. Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan di sini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SympathySoul In Da Blog All Rights Reserved