Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan Dan Syawal 2011

on Wednesday, July 20, 2011

Assalamualaikum...

Hampir setahun Ramadhan 2010 meninggalkan kita, dan bersyukur ke hadrat ilahi, kita masih dikurniakan umur dan kesihatan yang baik. Dan diharap juga, sepanjang bulan Ramadhan 2011 ini, Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita untuk menunaikan ibadah berpuasa dengan sempurna.

Berikut adalah tarikh untuk melihat anak bulan ramadhan atau bulan puasa 2011. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 2011, Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan – Bulan Puasa  Dan Syawal 2011.
 

Tarikh yang diumumkan untuk melihat anak bulan ramadhan adalah seperti berikut:
- Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011
- Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011
- Tarikh mencerap anak bulan Zulhijjah 2011 adalah pada 24 Oktober 2011.

Berdasarkan kalendar islam 1432H/2011M yang telah dikeluarkan juga, tarikh awal puasa atau 1 ramadan diramalkan pada 1 Ogos 2011 manakala tarikh 1 syawal pula bersamaan 30 Ogos 2011. Tarikh 10 Zulhijjah atau hari raya aidil adha pula pada 6 November 2011.

Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan dan bergantung kepada hasil cerapan dan melihat anak bulan seperti yang dijadualkan di atas.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SympathySoul In Da Blog All Rights Reserved