Slot Akasia Cinta Antara Kita Di TV3

on Saturday, April 23, 2011

Drama terbaru terbitan Creative Pane yang berjudul “Cinta Antara Kita” yang bersiaran . Nampaknya cerita ni boleh diketegorikan sebagai cerita best.Drama ni mula ditayangkan pada 28 Mac 2011.
Tengok OST Cinta Antara kita pun dah “hebat” dan panjang gila. Lagu tema pun lagu kegilaan ramai masa kini iaitu Kebahagiaan Dalam Perpisahan yang dinyanyikan oleh Shahir AF8.
Kalau di lihat dengan opening drama tadi, ramai pelakon yang cukup popular membintangi drama ini seperti drama yang pernah hot kat blog ni pelakon Na-O-mei yang cukup popular ketika dulu.
Siapa yang tak kenal lakonan daripada Puteri Sarah yang juga pernah berlakon dalam slot Samarinda, Asmaradana yang begitu popular setiap malam Selasa – Khamis.

Ramai lagi pelakon yang hebat seperti Elizad Sharifudin, Zain Hamid, Azizah Mahzan, Dato Jalaludin Hassan, Dynas Mokhtar, Hairi Othman, Khaty Fauziah, Watie Sadali, Jehan Miskin, Norish Karman, Hamidah Wahab, Shakilla Khoriri dan Aqram Dinzly.Nampaknya kemunculan Puteri Sarah sebagai watak utama begitu comel dengan pakaian sopan dan berbaju kurung.

Pergh dengan lagu tema Kebahgiaan dalam Perpisahan begitu “kena” dengan scene yang dimainkan dan aku pasti ianya dapat menyentuh hati sesiapa yang menonton drama ni.Cerita bermula dengan Puteri Sarah (Heroin) dan member sedang bermain squash tetiba diganggu oleh anak orang kaya yang bajet gangster kat kolej beliau walhal di cemburu dengan kecantikan Puteri Sarah tu.Lepas tu muncul pulak watak Hero yang baru pulang dari rumah tetapi dimarah oleh Datuk Jalaludin Hassan kerana Hero, lakonan Zain Hamid menyebabkan kematian adiknya pada 18 tahun lepas.

 

Seditkit sedutan Drama Cinta Antara Kita


Lagu Tema Drama Cinta Antara Kita

P/S : Drama ni ada 24 episod, ditayangkan di tv3 jam 7 petang. Skrip ditulis oleh Sharifah Abu Salem.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SympathySoul In Da Blog All Rights Reserved