Jangan Nyesal

on Thursday, December 10, 2009

Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula kedalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup......

Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang.Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. .....

Jika kamu menadah air biarlah berpada.Janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.Akhirnya ia dibuang sedangkan kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi.....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...Anggapla h dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan,bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... ..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu...mengenyang kan.ber
khasiat.Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain.Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi.Kamu akan menyesal.... .

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...menyayangi mu....mengasihimu.. ..Mengapa kamu berlenggah dan cuba menbandingkannya dengan yang lain?Terlalu mengejar kesempurnaan. ...Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.Kamu juga yang akan menyesal.... .
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© SympathySoul In Da Blog All Rights Reserved